AHLI KULIAH PIMC KOHORT 1 AMBILAN JUN 2011

 

al-Hamdulilah.. barangkali berkat doa rakan-rakan yang telah berjaya ke gred 41 menjadikan kami insan terpilih untuk meneruskan perjuangan dalam usaha meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam dan mencabar saat ini demi pendidikan sejagat yang di cintai.

Tanggal keramat 11 Jun 2011, sejumlah guru dari seluruh negeri Johor telah mendaftarkan diri di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kami antara yang berjaya dipilih untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Perguruan Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Pada mulanya rasa janggal kerana telah sekian lama meningggalkan alam persekolahan, namun demi kepentingan penguasaan ilmu serta penambahbaikkan pencapaian akademik, kami menggagahkan diri untuk menyahut cabaran demi anak bangsa dan agama tercinta. Semuanya berjalan dengan lancar dan bermula pada 2 Julai 2011 yang lalu, kami telah memulakan sesi pembelajaran buat kali pertama... Belajar... dan terus belajar... Dalam diam-diam sudah melangkah ke semester ke dua... Kepada semua pembaca laman ini kami berharap agar memberikan suntikan semangat kepada kami untuk terus beroleh kejayaan...

 

Kenangan semasa BIG 2011 di Telok Gorek, Mersing... BESTTT..!

 

"DOAKAN KAMI SEMUA TERUS BERJAYA DALAM MENCAPAI MATLAMAT DAN CITA-CITA"

KENANGAN LALU